Hiking Tips Tempat Tinggi

Pengurusan Sejuk

Down jacket, sleeping bag, selimut, windbreaker, thermal, wool socks, glove dsb … semua itu tidak menjana haba tapi boleh memerangkap haba dari badan. Kalau badan sudah sejuk, benda2 tu lagi sejuk dan merana dulu sebelum panas. Kalau kita dah hypo, benda2 tu dah tak berguna lagi kerana badan kita dah tak boleh generate heat. Jadi, pakailah untuk tahan sejuk sebelum kita sejuk bila kita expect suhu akan turun.

No 2 ialah jangan biarkan barang yang kita hendak pakai jadi sejuk. Pakai pakaian untuk hiking esok dan tidur sekali dalam sleeping bag. Kalau tidak selesa, simpan dalam beg plastic dan tidur sekali dalam sleeping bag. Kalau biarkan, esok akan macam pakai baju ais. Di gunung2 G7 pun biasa tengok orang menggigil di waktu pagi masa pakai t-shirt basah yg dijemur, kalau ditempat tinggi, apa lagi. Kalau nak tanggalkan jaket sekejap, katalah untuk ambil wudhuk, lipat dia supaya bahagian dalam tertutup dan haba disimpan sebaik mungkin.

Di Nepal,  Tea house ada bilik air yang ada water heater but don’t depend on it. Kadang2 suhu turun sangat dan air dalam paip beku, lansung tak ada air. Lagipun selalunya kita dapat bilek yg tak ada water heater. Air yg sejuk, tambah kalau di alirkan atas kulit akan serap haba dari badan. Gunakan spray kalau boleh sebab dengan spray air yg digunakan sedikit saja.

Ada beberapa cara untuk dapatkan haba. Minum air panas, air panas kosong lebih memanaskan dari teh atau kopi, kata orang Nepal. Makanan panas juga. Kalau suhu sejuk, tea house akan hidupkan stove dan itu memang syiok. Kalau ada duit, boleh ambil hot shower. Tak silap saya lebih kurang RM20 sekali mandi.

Satu lagi cara untuk dapatkan haba ialah heating pad. Ni kena bawa dari Malayasia. Saya suka brand Gellert yg saya beli dari Sports Direct. Ada untuk tangan dan ada untuk tapak kaki. Kita punya extremities, jari tangan dan kaki yg kena jaga lebih sebab ia kecil dan senang sejuk dan oxygen lambat sikit nak sampai.

Sleeping bag pun sejuk. Memang menggigil mula mula masuk, melainkan kalau ada bawa hot water bottle atau juga dipanggil hot water bag seperti gambar. Air panas boleh dibeli dari dapur tea house. Jangan terkejut untuk bayar RM10 1 liter di trek ABC dan RM15 1 liter di trek EBC. Masukkan dalam sleeping bag dan esok pagi boleh tuang dalam botol atau blader dan guna air tu untuk minum masa trekking. Boleh beli kat pharmacy, around RM10 untuk size 1 liter dan beratnya 300 gram kosong

Mngkin orang lain ada tips lagi untuk manage keadaan sejuk. Silalah share. Sharing is caring

Oleh- MK Rahman~