WhatsApp Image 2019-12-11 at 15.30.38

Kurus untuk hiking, bukan hiking untuk kurus

Saya rasa ada diantara kita yang hiking untuk kurus. Sebenarnya yang penting adalah sihat, bukan kurus, tapi obisiti adalah penanda kepada beberapa masaalah kesihatan. Saya bimbang kalau yang hiking untuk kurus ni, setelah beberapa lama dia hiking, tak kurus2 lalu berenti. Jangan. Hiking adalah sangat baik untuk kesihatan dan fitness. Cuma dia bukan untuk kurus.

Hiking boleh tambah muscle, cardio vascular, endurance and resistance kepada penyakit tapi effect dia kepada weight lost adalah limited. Kajian menunjukkan makanan contribute 70% ke 80% kepada kawalan berat badan. Benda lain, termasuk exercise hanya 20% ke 30% dan itu pun exercise yang sesuai. Resistance Training adalah lebih sesuai untuk kurus berbanding endurance. Diet bukan semestinya berlapar kawal portion atau calories tapi yg lebih penting ialah makanan yg betul.

Kalau nak kurus, kena kenal dan faham pasal insulin. Insulin ialah hormone yang dikeluarkan oleh pancreas untuk masukkan glucose dan amino acid kedalam cells. Kalau kita makan carbo, iaakan diubah menjadi glucose dan ini akan trigger insulin. Protein juga akan trigger insulin tapi tak sebanyak glucose sebab akhirnya protein berlebihan juga akan di convert jadi glucose.. Kita perlu sangat kepada insulin kerana tanpanya, glucose tak dapat digunakan tapi high and constance level of insulin tidak baik kerana ia boleh membuatkan badan kita lali dengannya dan jadi insulin resistance. Insulin juga, kalau dah tak ada glucose dalam blood stream akan trigger rasa lapar dan kita rasa nak makan jer walaupun perut dah penuh.

Insulin juga boleh di trigger oleh stress. Stress akan trigger hormone cortisol dan cortisol akan trigger insulin. Semasa hiking kita juga akan merasai stress. Mental kadang stress, bila jalan tak sampai2 tapi yg dah sure ialah physical stress sebab itu pun yg kita cari, dan ini akan trigger insulin. Apa jadi? lepas hiking kita “reward ourselves” dan makan tak ingat dunia.

Bila kita makan, selepas insulin masukkan kedalam cells untuk immediate use, glucose juga akan di simpan dalam cells sebagai glycogen yang juga boleh digunakan untuk energy tapi simpanan ini limited. Apa apa glucose yang lebih akan dimasukkan kedalam fat cells menjadi lemak tepu. Lepas dia masukkan semua glucose kedalam fat cell, lebihan insulin akan trigger rasa lapar dan cycle ni berulang. So elakkan insulin spike dengan elakkan makanan yang memberi glucose dengan banyak sekali gus seperti simple carbs dan gula. Banyak dari kita fikir benda yang beri instant tenaga ni bagus untuk hiking tapi silap. Kita perlukan tenaga yg sedikit saja untuk hiking tapi dalam masa yang panjang jadi perlu makanan yang pelan pelan digest yg berikan constance supply of glucose dengan amaun yg sedikit, hanya cukup untuk kegunaan semasa seperti makanan yang banyak fibre. Walaupun sayur dan buah juga carbo, sebab fibre dia banyak, dia tak memberi effect kepada penjanaan insulin berlebihan.

Diet yang saya amalkan ialah Low Carb High Fat diet. Diet ni masih controversi dan panjang sangat kalau saya nak ulas kat sini. Boleh google sendiri. Tapi saya dah turun 15 kilo tapi dah jadi tak hensem sebab kurus sangat so makan juga carb sekarang dan naik balik 5 kilo. 10 kilo kurang tu banyak beza kalau hiking. Tu macam bawa bagpack untuk hiking 3 hari. All green diet juga berkesan tapi tak sedap, hahaha

You have to be healthy before you exercise to be more healthy.

By MK Rahman

2 thoughts on “Kurus untuk hiking, bukan hiking untuk kurus

LEAVE COMMENT