Sakit Kaki Lepas Hiking (DOMS)

Pesanan Untuk Yang Baru Mula Hiking
HACAM Adv/2019/0001

Sakit kaki ada macam macam sakit. Ada injury sebab satu impact yang kuat, ada injury sebab cyclic impact yang berpanjangan, ada sakit miniscus, lutut dan ada Delayed Onset Muscle Syndrom atau DOMS. Yang selalunya ialah DOMS dan jangan risau, yang ni sakit yang baik.

Anda hike kaw kaw last weekend? Bangun dan turun katil pagi mesti ramai yang mengerang sakit paha dan betis. Best. Kalau tak sakit rasa macam tak puas. Itulah DOMS. Ianya terjadi kalau kita guna muscle lebih dari apa yg kita guna sebelum ini. Ada koyak koyak kecil dalam tissue muscle dan untuk compensate badan kita akan buat muscle baru dan tambah lagi banyak tisue muscle yang lebih kuat.

Apa yang kita boleh buat ialah kalau bengkak dan panas, sejukkan dia. Pakai ais pun boleh. Jangan sesekali urut sehingga muscle dah surut dan sejuk. Lepas surut dan sejuk elok urut atau buat light exercise untuk lajukan perjalanan darah yang membawa nutrient untuk bina muscle baru. Itu buasanya kita panggil recovery hike. Tapi tak semestinya kena DOMS untuk improve. Kalau dah hike tapi tak rasa sakit esoknya, improve juga cuma awak dah kental.

Kita akan jadi lebih kuat, insyaAllah.

Oleh MK Rahman